Angin

Posted on August 6, 2011

0


Suatu jenis kedamaian dirasa tatkala punggung dilabuhkan ke lantai; bersantai di ruang legar itu. Dalam kalangan ramai yang duduk beristirehat, aku berseorangan. Ya, kadangkala keseorangan di balik keramaian memberikan suatu jenis kedamaian. Selesa dengan kehadiran semua, selesa juga dengan ruang kecil ku sendiri. Angin yang bertiup dek kerana senibina bangunan itu yang beratap tinggi membawa kesegaran walau sementara. Bahang matahari di luar bagai tidak terasa. Muka-muka para jemaah diteliti satu per satu. Inilah kehidupan rutin bagi semua. Ditambah dengan ramadhan yang mubarak, begitulah masjid yang tenang sekali selepas solat jumaat kali ini.

Posted in: Uncategorized